| Pesaka didakwa mungkir janji December 30, 2009 at 11:57 am |
| | JANJI-janji manis Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) kepada sebuah syarikat swasta dalam usaha mendapatkan wang pendahuluan penganjuran dua bulan sebelum bermulanya Kejuaraan Silat Sedunia ke-13 di Pahang pada 2007, hanya tinggal janji. |
| Hanapiah nafi olahraga merosot December 30, 2009 at 11:56 am |
| | KETUA jurulatih olahraga, Hanapiah Nasir menepis tanggapan bahawa skuad itu sedang menuju kemerosotan selepas kegagalan mencapai sasaran lapan pingat emas pada Sukan Sea XXV di Vientiane, dua minggu lalu. |
| Pecutan Bolt pukau dunia December 30, 2009 at 11:56 am |
| | LONDON: Di tengah-tengah gempita kejayaan dan aibnya skandal yang jadi lorekan dekad pertama alaf baru ini, Usain Bolt menjelmakan ingatan kepada dunia mengapa sukan menakluki dan mengghairahkan ramai manusia di dunia. |
| Ferguson kecam Capello December 30, 2009 at 11:55 am |
| | LONDON: Fabio Capello dikecam oleh Alex Ferguson gara-gara komen oleh pengurus skuad England yang menyebut Manchester United mengalami detik kemerosotan. |
| Liverpool minat pinjam Nistelrooy 6 bulan December 30, 2009 at 11:55 am |
| | LONDON: Liverpool masih cuba mencapai persetujuan dengan kelab Real Madrid bagi mendapatkan penyerang, Ruud van Nistelrooy secara pinjaman bagi tempoh enam bulan. |
| Ferguson tak terjejas tanpa kelibat Ronaldo December 30, 2009 at 11:55 am |
| | MANCHESTER: Apabila Manchester United menjual Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid, ramai yang meramalkan juara bertahan itu bukan sahaja kehilangan bintangnya tetapi juga peluang untuk memenangi Liga Perdana Inggeris untuk kali keempat berturut-turut. |
| Pulau Pinang, Selangor berentap tentukan juara December 30, 2009 at 11:54 am |
| | PULAU Pinang mengatasi Perak 6-2 untuk menempah tiket ke final bertemu juara bertahan Selangor yang menewaskan Melaka 6-5 pada saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Antara Negeri Remaja Kebangsaan 100Plus di Stadium Juara, semalam. |
| MSN enggan tanggung Kim Her December 30, 2009 at 11:54 am |
| | MAJLIS Sukan Negara (MSN) menegaskan tidak akan menanggung pembayaran gaji bulanan kepada Tan Kim Her yang bakal melaksanakan tugasannya selaku jurulatih kebangsaan, Februari ini memandangkan dia bukan lantikan bersama MSN dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). |
| Santokh mahu skuad Sukan Sea kekal December 30, 2009 at 11:53 am |
| | LEGENDA bola sepak negara, Santokh Singh memuji kejayaan Malaysia menamatkan kemarau pingat emas Sukan Sea selama dua dekad dan menyarankan supaya skuad itu dikekalkan berpandu potensi dimiliki mereka. |
| Skuad Rajagobal baham Syria December 30, 2009 at 11:53 am |
| | DI sebalik perlawanan ‘gila’ yang dilalui barisan bimbingan K Rajagobal, pengendali kebangsaan itu gembira dengan persembahan skuad negara yang berjaya meneruskan rentak kejayaan pingat emas Sukan Sea dengan membenam Syria 4-1 dalam perlawanan pemanas badan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. |
| Gerrard tabik Torres December 30, 2009 at 11:52 am |
| | LONDON: Steven Gerrard menabik Fernando Torres selaku ‘penyerang terbaik dunia’ selepas peledak Sepanyol itu menjaringkan gol tunggal ketika menewaskan Aston Villa 1-0 di gelanggang lawan, kelmarin. |
| Pemilihan BAM tiada kejutan December 30, 2009 at 11:52 am |
| | IDEA ‘kompromi’ mewujudkan jawatan timbalan presiden kedua disisihkan ketika pemilihan pucuk pimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berlangsung tanpa sebarang kejutan, semalam. | | |
|
No comments:
Post a Comment