Thursday, December 31, 2009

1/1 Berita Harian : Sukan

Please add updates@feedmyinbox.com to your address book to make sure you receive these messages in the future.
Berita Harian : Sukan - Berita Harian Sukan Feed My Inbox

Rooney terus tunjuk taring
December 31, 2009 at 7:30 pm

MANCHESTER: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney percaya dia akan dapat mengatasi jumlah jaringan terbaiknya pada satu musim selepas menunjangi skuad bimbingan Alex Ferguson meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Wigan, kelmarin. Kemenangan dengan angka besar itu tambah manis sebagai hadiah hari jadi ke-68 buat pengurus pasukan berbangsa Scotland itu, semalam.

Nadzmi akui dana BAM 'hanya cukup makan'
December 31, 2009 at 7:28 pm

DARI segi luarannya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mungkin dianggap antara badan induk sukan mewah, dengan saluran kewangan konsisten hasil pencapaian pemain di pentas antarabangsa. Namun, realitinya berbeza dengan Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh, mengakui badan induk berkenaan 'hanya cukup makan' untuk membiayai segala program dan meneruskan skim insentif kepada pemain-pemain.

Rajagobal puji prestasi skuad B-23
December 31, 2009 at 7:27 pm

JURULATIH skuad negara, K Rajagobal menyifatkan perlawanan pemanas badan menentang Syria, kelmarin sebagai persediaan yang sesuai menjelang pertembungan kelayakan kumpulan Piala Asia 2011 berdepan Emiriyah Arab Bersatu pada 6 Januari ini.

Piala Sumbangsih di Paroi
December 31, 2009 at 7:26 pm

PERLAWANAN Sumbangsih 2010 merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara Negeri Sembilan dan Selangor akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi pada 9 Januari ini bermula jam 8.45 malam.

JCorp sudah bayar tunggakan gaji
December 31, 2009 at 7:25 pm

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Md Jais Sarday mengesahkan Johor Corporation (JCorp) sudah melunaskan bayaran gaji pemain Johor yang tertunggak selama 18 bulan sejak September 2009 berjumlah RM225,000 yang dibayar, kelmarin.

Pengurusan pihak pelawat juga bakal didenda: FAM
December 31, 2009 at 7:25 pm

MENGAMBIL iktibar daripada kejadian yang berlaku sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan baru, mulai musim depan dengan mengenakan hukuman kepada pengurusan pasukan pelawat sekiranya penyokong mereka menimbulkan kekecohan dan rusuhan dalam gelanggang perlawanan.

Ali janji selesai hutang HISB
December 31, 2009 at 7:24 pm

KHABAR gembira menunggu Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) yang menuntut sejumlah RM1.12 juta daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) apabila presiden barunya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan kekalutan ini.

Selangor kekal kejuaraan badminton remaja 100Plus
December 31, 2009 at 7:23 pm

SELANGOR mempertahankan gelaran buat kali kedua berturut-turut apabila menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100Plus selepas menewaskan Pulau Pinang 7-3 pada perlawanan akhir, semalam.

BAM rancang beri pemain pelapis lebih pendedahan
December 31, 2009 at 7:22 pm

MENYEDARI hanya bergantung kepada kudrat pemain senior meraih kejayaan, misi lebih penting akan dilaksanakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu memberi lebih peluang kepada pemain pelapis mewakili skuad negara, tahun ini.

Lee Wei juara wanita kali ke-11
December 31, 2009 at 7:22 pm

PEMAIN ping pong wanita nombor satu negara, Beh Lee Wei merangkul kejuaraan buat kali ke-11 dalam Kejohanan Ping Pong Kebangsaan, edisi ke-46, semalam selepas menewaskan wakil Sabah, Chiu Soo Jin 4-0 dalam aksi final.

MSN, NAAM, jurulatih bincang status Zulkifli
December 31, 2009 at 7:21 pm

STATUS akhir pemanah muda, Zulkifli Tahil dalam skuad elit negara hanya akan diketahui selepas perbincangan tiga pihak mengenainya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dibuat, bulan ini. Antara terbabit ialah Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan ketua jurulatih kebangsaan, Lee Jae-hyung.

Beckham tekad aib United
December 31, 2009 at 7:20 pm

MILAN: Bintang veteran England, David Beckham akur dirinya amat teruja untuk kembali ke Milan dan akan menggunakan seluruh keupayaannya ketika menentang bekas kelabnya, Manchester United dalam perlawanan Piala Juara-Juara Eropah, Februari ini.

Red Devils undang nahas jika perlekeh Leeds
December 31, 2009 at 7:19 pm

LONDON: Status Piala FA bakal menerima tamparan hebat, Ahad ini andai Leeds United memutuskan pertembungan pusingan ketiga menentang Manchester United kurang penting berbanding perlawanan Liga Satu (divisyen ketiga) menentang Wycombe Wanderers.

Arsenal sasar cari penyerang
December 31, 2009 at 7:18 pm

PORTSMOUTH: Arsene Wenger mungkin menandatangani penyerang baru pada tirai perpindahan Januari, sungguh pun Arsenal berjaya melepasi setakat 50 gol bagi musim ini dengan kemenangan besar 4-1 di pasukan tercorot, Portsmouth.

Mancini bersedia 'curi' barisan bintang Liverpool
December 31, 2009 at 7:18 pm

LONDON: Roberto Mancini akan cuba memikat Fernando Torres dan rakan-rakan - jika Liverpool menamatkan musim kali ini di luar daripada kelompok empat kelab teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Portsmouth berdepan risiko mungkin diisytihar bankrap
December 31, 2009 at 7:17 pm

LONDON: Portsmouth mungkin menjadi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk diisytiharkan bankrap selepas diberi tarikh akhir untuk melangsaikan hutang oleh kerajaan British.

Bayern nafi jual Ribery
December 31, 2009 at 7:17 pm

BERLIN: Presiden Bayern Munich menafikan laporan akhbar bahawa penyerangnya, Franck Ribery akan berpindah ke gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan yuran bernilai 55 juta euro (RM247 juta), musim panas depan.

England pantau aspek keselamatan di New Delhi
December 31, 2009 at 7:16 pm

LONDON: Pegawai England bagi kontinjen Sukan Komanwel terus memantau situasi menyentuh aspek keselamatan di New Delhi tetapi belum menerima sebarang maklumat perisikan yang mengatakan atlitnya akan dijadikan sasaran pengganas dalam temasya berkenaan yang bakal diadakan Oktober ini.
 

This email was sent to arashicrossover@gmail.comCreate Your Account
Don't want to receive this feed any longer? Unsubscribe here.

No comments:

Post a Comment