| Red Devils tersungkur January 3, 2010 at 1:40 pm |
| | MANCHESTER: Percaturan Alex Ferguson membawa padah apabila gol tunggal Jermaine Beckford pada separuh masa pertama gagal dikikis tuan rumah - sekali gus menyaksikan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu disingkirkan Leeds United 1-0 pada pusingan ketiga Piala FA, malam tadi. |
| MSN hadkan ambil jurulatih import, tempatan January 3, 2010 at 1:39 pm |
| | BAJET sukan yang menyusut 14 peratus, tahun ini memaksa Majlis Sukan Negara (MSN) mengehadkan perbelanjaan ke atas permintaan untuk membawa masuk jurulatih luar, menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong. |
| PSM harus buat rombakan January 3, 2010 at 1:38 pm |
| | SEPI seketika tidak bermakna segalanya sudah dilupa kerana rakyat tetap menuntut isu sepak takraw diselesai segera demi menebus maruah yang tercalar angkara kekalahan memalukan kepada Laos dan pulang tanpa pingat emas Sukan Sea, bulan lalu. |
| Mew Choo mahu gembira di 2010 January 3, 2010 at 1:37 pm |
| | ADA banyak 'episod luka' sepanjang tahun lalu yang membelenggunya. Lantas ratu badminton negara, Wong Mew Choo mahu menjadikan 2010 sebagai tempoh di mana dia mampu kembali bergembira. |
| Kontrak Beng Hai akan diteruskan January 3, 2010 at 1:36 pm |
| | KHIDMAT 'jurulatih sementara' hoki negara, Tai Beng Hai, bersama skuad senior masih lagi bernyawa walaupun usaha mengintai pengendali luar negara yang menjadi agenda utama Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) masih berterusan. |
| 'Cadangan Shabery terlewat' January 3, 2010 at 1:34 pm |
| | 'MUNGKIN sedikit terlewat.' Itulah kata-kata ringkas yang disuarakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad berhubung saranan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang ingin melihat skuad emas negara terus bersama sebagai satu pasukan tanpa menyertai mana-mana liga domestik, musim ini. |
| Rajagobal gugur Syakir, Mazlizam January 3, 2010 at 1:33 pm |
| | MOHAMAD Syakir Ali dan Mazlizam Mohamad gagal melengkapkan kuota barisan serangan dan pertahanan dalam skuad K Rajagobal apabila nama mereka digugurkan oleh jurulatih negara menjelang pertembungan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam kelayakan Piala Asia, Rabu ini. |
| Figos KL, Selangor juara futsal Felda January 3, 2010 at 1:32 pm |
| | PENYANDANG juara, pasukan lelaki Figos KL FC dan wanita Selangor masing-masing muncul juara kumpulan pada final Liga Futsal Kebangsaan Felda-FAM 2009 dalam perlawanan penuh sengit di Stadium Matsushita, Shah Alam, semalam. |
| Aidil yakin sengat NS masih bisa January 3, 2010 at 1:29 pm |
| | PADA firasat tonggak pertahanan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak langkah pihak pengurusan mengekalkan hampir keseluruhan barisan utama daripada skuad musim lalu bakal menjadi intipati kejayaan dalam menghadapi cabaran Liga Malaysia, musim ini. |
| Kontrak 3 bulan langkah wajar January 3, 2010 at 1:28 pm |
| | JURULATIH Johor FC, Ramlan Rashid menganggap betapa kontrak tiga bulan dan disambung berperingkat oleh pengurusan kelab itu sebagai langkah wajar bagi membuktikan kemampuan dirinya sama ada mampu membimbing skuad itu menghadapi Liga Malaysia. |
| Pengendali Perlis 'tak cemas' dianggotai ramai muka baru January 3, 2010 at 1:28 pm |
| | BIARPUN skuad baru Perlis yang bakal menggalas cabaran pada kempen Liga Malaysia 2010, bermula Sabtu ini terdiri lebih 90 peratus tenaga muda, namun ia tidak sesekali mencemaskan ketua jurulatihnya, Mohd Nidzam Adha Yusoff. |
| Pro&Kontra: FAM tak mahu masalah gaji pemain berulang January 3, 2010 at 1:27 pm |
| | MEMORI indah menjadi pengurus skuad bola sepak Perak, kembali segar dalam ingatan saya, sebaik menyaksikan perlawanan persahabatan pasukan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan bekas pemain negeri, beberapa hari menjelang tahun baru. |
| Benitez belum berputus asa January 3, 2010 at 1:24 pm |
| | READING (England): Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan bahawa kejuaraan Piala FA masih kekal sasaran utama sekalipun barisan bimbingannya hanya bernasib baik apabila sekadar seri 1-1 bertemu Reading pada pusingan ketiga, di tempat lawan, kelmarin. |
| Benjani dapat tambat semula hati Mancini January 3, 2010 at 1:23 pm |
| | MIDDLESBROUGH: Benjani diberitahu masa depannya bersama Manchester City masih cerah selepas menjaringkan gol pertama dalam tempoh setahun pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA untuk membantu pasukan menewaskan Middlesbrough 1-0 di gelanggang lawan, kelmarin. |
| Grant tak terkejut peminat Portsmouth naik angin January 3, 2010 at 1:22 pm |
| | PORTSMOUTH: Pengurus Portsmouth, Avram Grant mengakui dia boleh memahami kenapa penyokong kelab itu memprotes terhadap lembaga pengarah selepas Coventry mengikat kelab Liga Perdana Inggeris itu, 1-1 dalam pusingan ketiga, kancah bola sepak Piala FA. |
| Barca terkilan lepas tiga mata January 3, 2010 at 1:17 pm |
| | MADRID: Barcelona terlepas mata penuh di gelanggang sendiri buat pertama kali, musim ini apabila diikat 1-1 oleh Villarreal, kelmarin - sekali gus membuka peluang kepada Real Madrid untuk merampas takhta Liga Sepanyol. |
| Beckham kesal tinggalkan Man United January 3, 2010 at 1:16 pm |
| | LONDON: David Beckham kesal dengan keputusannya sebelum ini meninggalkan Manchester United. Dia yang akan kembali ke Old Trafford bersama kelab yang meminjamnya, AC Milan untuk perlawanan Liga Juara-Juara pada Mac, mengakui cemburu terhadap kejayaan Ryan Giggs. |
| Korea Utara juara kejohanan 4 negara January 3, 2010 at 1:15 pm |
| | DOHA: Korea Utara menyambung persiapan ke arah Piala Dunia 2010 dengan menjuarai kejohanan Empat Negara di Qatar walaupun tewas 0-1 kepada Iran dalam perlawanan terakhir liga itu. |
| Ibrahimovic diminta kawal sikap panas baran January 3, 2010 at 1:15 pm |
| | MADRID: Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola memberi amaran kepada pemain penyerang, Zlatan Ibrahimovic supaya mengawal sikap panas baran dan cuba menerima setiap keputusan yang dibuat oleh pegawai perlawanan atau bakal di gugurkan daripada pasukan. |
| Nadal kecapi trofi pertama musim 2010 January 3, 2010 at 1:12 pm |
| | ABU DHABI: Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal menjuarai gelaran pertama pada tahun 2010 dengan menumpaskan Robin Soderling 7-6 (3), 7-5 pada final kejohanan pertunjukan pembuka musim Capitala, kelmarin untuk menamatkan badi dua kekalahan ketika menentang pemain Sweden itu. |
| 53 minit buat Clijsters benam Garbin January 3, 2010 at 1:11 pm |
| | BRISBANE: Juara Terbuka Amerika Syarikat, Kim Clijsters hanya memerlukan 53 minit untuk memenangi perlawanan pembukaan di kejohanan Antarabangsa Brisbane, semalam selepas menewaskan Tathiana Garbin dari Itali 6-2, 6-1. |
| Robredo bantu Sepanyol benam AS January 3, 2010 at 1:10 pm |
| | PERTH: Tommy Robredo membuktikan saiz bukan segala-galanya dalam tenis apabila menumbangkan pemain tinggi lampai Amerika Syarikat, John Isner untuk memberikan Sepanyol kemenangan dalam pertarungan pembukaan Piala Hopman, semalam. |
| Robredo bantu Sepanyol benam AS January 3, 2010 at 11:42 am |
| | PERTH: Tommy Robredo membuktikan saiz bukan segala-galanya dalam tenis apabila menumbangkan pemain tinggi lampai Amerika Syarikat, John Isner untuk memberikan Sepanyol kemenangan dalam pertarungan pembukaan Piala Hopman, semalam. | | |
|
No comments:
Post a Comment