Saturday, January 2, 2010

1/3 Berita Harian : Sukan

Please add updates@feedmyinbox.com to your address book to make sure you receive these messages in the future.
Berita Harian : Sukan - Berita Harian Sukan Feed My Inbox

Alasan KOAM tak wajar: Zolkples
January 2, 2010 at 4:51 pm

"JANGAN salahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSM), Datuk Zolkples Embong.

Skuad Mancini mara
January 2, 2010 at 4:46 pm

LONDON: Roberto Mancini, Raja Piala Itali, mengambil langkah pertamanya ke Wembley apabila pasukan bimbingannya, Manchester City meraih kemenangan 1-0 pada pusingan ketiga ke atas barisan Liga Kejuaraan, Middlesbrough, semalam.

Mancini puji rekod jaringan Tevez
January 2, 2010 at 4:43 pm

MANCHESTER: Jurulatih Manchester City, Roberto Mancini (gambar kecil) memuji rekod jaringan Carlos Tevez ketika penyerang Argentina itu menunggu penuh debaran perlawanan penuh emosi menentang bekas pasukannya, Manchester United.

Hong Kong bakal jadi halangan KL
January 2, 2010 at 4:39 pm

KUALA Lumpur tampak akan berdepan dengan Hong Kong bagi persaingan merebut hak tuan rumah Sukan Asia XVIII pada 2019.

'Tiada lagi tajaan atas dasar tanggungjawab sosial korporat'
January 2, 2010 at 4:38 pm

SUKAN di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan tajaan daripada syarikat-syarikat tempatan atas dasar tanggungjawab sosial korporat kerana kebanyakannya kini lebih mementingkan keuntungan yang diperoleh sekiranya mahu menaja sesuatu acara atau sukan.

FAM belum beri kata putus saranan menteri
January 2, 2010 at 4:36 pm

BEBERAPA kekangan perlu diteliti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung saranan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang tidak mahu pemain pasukan kebangsaan bawah 23 tahun beraksi untuk pasukan negeri atau kelab.

Meen kena tunggu 2 bulan lagi
January 2, 2010 at 4:34 pm

TONGGAK sayap kanan kebangsaan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi menjelang sepak mula Liga Super yang akan bermula minggu depan, ekoran kecederaan lutut yang dialaminya masih belum pulih.

Selera Gurusamy kian memuncak
January 2, 2010 at 4:33 pm

MELEDAKKAN gol pertamanya buat skuad senior tempoh hari, menaikkan keinginan pemain tengah defensif, K Gurusamy untuk terus menyumbang jaringan buat pasukan negara.

Johor FC tawar kontrak berperingkat tiga bulan
January 2, 2010 at 4:30 pm

KELAB Johor FC membuat keputusan drastik apabila menawarkan jurulatih Ramlan Rashid, dan pengurus serta penolong pengurus pasukan, dengan kontrak berperingkat-peringkat, dengan tawaran awal selama tiga bulan.

Fauzi lega prestasi skuad Singa Utara
January 2, 2010 at 4:28 pm

PENINGKATAN yang ditunjukkan skuad Perlis sejak kebelakangan ini, melegakan ketua pasukan, Mohd Fauzie Nan, ketika musim baru Liga Malaysia tinggal enam hari sahaja lagi.

Melaka bakal anjur Pra Sukma XIII Mac ini
January 2, 2010 at 4:27 pm

MELAKA bakal menganjurkan saingan Pra Sukan Malaysia (Sukma XIII) Mac depan sebagai persiapan awal menjelang temasya sebenar, 10 hingga 19 Jun nanti.

Ancelotti tak resah tanpa Drogba
January 2, 2010 at 4:25 pm

LONDON: Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kehilangan Didier Drogba, John Mikel Obi, Michael Essien dan Salomon Kalou yang menyertai Kejohanan Negara-Negara Afrika, sebaliknya menegaskan pertandingan itu hadir tepat pada masanya.

Arsenal, West Ham sandar kelibat bintang muda
January 2, 2010 at 4:24 pm

LONDON: Jack Collison akan berdepan pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey dalam satu pertarungan bintang muda apabila West Ham berdepan seteru setempat mereka dalam pertarungan pusingan ketiga Piala FA, hari ini.

'Saya seronok perseteruan seperti itu'
January 2, 2010 at 4:21 pm

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson penuh yakin lawan saingan Piala FA, Leeds United akan kembali mewarnai Liga Perdana dan mencetuskan semula perseteruan paling sengit dalam bola sepak Inggeris.

Inter kempunan sentuhan Eto'o
January 2, 2010 at 4:20 pm

MILAN: Samuel Eto'o akan terlepas perlawanan Serie A apabila Inter Milan bertandang ke Chievo, Rabu ini, selepas kelab juara Itali itu gagal memujuk penyerang Cameroon itu supaya menangguhkan penerbangannya menyertai saingan Piala Negara-Negara Afrika.

O'Hara cetus masalah buat Portsmouth
January 2, 2010 at 4:19 pm

LONDON: Harry Redknapp akan mencetus masalah tambahan buat Portsmouth apabila memanggil semula Jamie O'Hara dan meminjamkannya kepada kelab lain dalam Liga Perdana Inggeris.

Leeds tumpuan United
January 2, 2010 at 4:16 pm

MANCHESTER: Pemain tengah Manchester United, Darren Fletcher menegaskan tumpuan utamanya kini adalah pertarungan dengan musuh lama, Leeds dalam saingan pusingan ketiga Piala FA berbanding buruan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara.

O'Neill bimbang Young dilabel 'penipu'
January 2, 2010 at 4:15 pm

LONDON: Martin O'Neill mendakwa pemain sayap Aston Villa, Ashley Young berdepan bahaya dilabel secara tidak adil sebagai 'penipu'.

West Ham terdesak rayu penyokong penuhkan stadium
January 2, 2010 at 4:13 pm

LONDON: West Ham kelmarin meningkatkan percubaan terdesak mereka untuk menarik peminatnya hadir kepada perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Arsenal.

Peluang Nadal tebus kecewa di Qatar
January 2, 2010 at 4:11 pm

ABU DHABI: Rafael Nadal mendapat peluang awal di tahun baru, untuk menebus kekalahan paling buruk dalam kerjayanya apabila berdepan Robin Soderling, pemain yang menyingkirkannya di kejohanan tenis Terbuka Perancis.

Henin hadapi laluan sukar
January 2, 2010 at 4:10 pm

BRISBANE: Bekas pemain nombor satu wanita, Justine Henin berdepan perlawanan pusingan pertama yang sukar dalam aksi pertamanya selepas keluar daripada persaraan, apabila diundi menentang pilihan kedua, Nadia Petrova di kejohanan tenis Antarabangsa Brisbane.

Tsonga tarik diri
January 2, 2010 at 4:09 pm

SINGAPURA: Pemain nombor 10 dunia, Jo-Wilfred Tsonga menarik diri daripada kejohanan tenis Terbuka Qatar minggu depan selepas cedera di pergelangan tangannya, sekali gus menjejaskan persiapannya untuk ke Terbuka Australia.
 

This email was sent to arashicrossover@gmail.comCreate Your Account
Don't want to receive this feed any longer? Unsubscribe here.

No comments:

Post a Comment