| 'Wang bukan masalah' kini bermasalah January 6, 2010 at 4:13 pm |
| | KILAUAN emas di Vientiane ciptaan pemain-pemain bawah 23 tahun negara 'menjelmakan' Tabung Pembangunan Bola Sepak dengan dana permulaan disasarkan berjumlah RM50 juta. |
| Torres harungi latihan berganda January 6, 2010 at 4:10 pm |
| | LIVERPOOL: Penyerang Liverpool, Fernando Torres mengharungi latihan tambahan sehingga lima jam setiap hari bagi memastikan dia melengkapkan musim ini tanpa gangguan kecederaan. |
| Zaki pula 'belasah' KOAM January 6, 2010 at 4:08 pm |
| | KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) perlu merevolusikan diri sendiri bagi memastikan skuad kebangsaan tidak terus tercicir daripada kancah antarabangsa serta menjamin kesatuan itu sentiasa relevan di mata atlitnya. |
| Seers jadi pilihan MSN, Aminuddin ganti Jamal January 6, 2010 at 4:07 pm |
| | SKUAD berbasikal lebuh raya negara bakal mendapat suntikan baru dari dua jurulatih, Graham Seers selaku ketua jurulatih dan Aminuddin Sulaiman, bagi menggantikan Jamaluddin Omar. |
| Devan lancar perang saraf January 6, 2010 at 4:04 pm |
| | KESERASIAN barisan pemain Negeri Sembilan yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia, November lalu, memberi kelebihan buat skuad Hoben Jang Hoben itu dalam perlawanan sumbangsih menentang Selangor di Paroi, Sabtu ini. |
| Sharbinie yakin Terengganu mampu kejutkan Kelantan January 6, 2010 at 4:02 pm |
| | SELEPAS hanya dapat berlatih sehari bersama skuad Terengganu, penjaga gol kebangsaan, Mohd Sharbinie Alawi sedar tugas berat menantinya dalam perlawanan pertama skuad itu menentang Kelantan dalam aksi Liga Super, Sabtu ini. |
| Nidzam mahu pemain muda Singa Utara pamer kehebatan January 6, 2010 at 4:01 pm |
| | "BUKTIKAN keupayaan dan jangan terlalu hormatkan lawan,". Itulah pesanan jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adzhar Yusoff buat barisan muda menjelang pertemuan Liga Super dengan Johor FC di Kangar, Sabtu ini. |
| Kejutan Tahun Baru buat Barca January 6, 2010 at 3:59 pm |
| | MADRID: Jaringan Diego Capel dan Alvaro Negredo di Nou Camp membolehkan Sevilla menang 2-1 ke atas juara bertahan, Barcelona dalam pertemuan pertama pusingan 16 terakhir kejohanan Piala Raja, kelmarin. |
| Capello cari kawasan tinggi persiapan ke Afrika January 6, 2010 at 3:58 pm |
| | VIENNA: Skuad England kendalian Fabio Capello akan berkunjung ke Austria untuk berlatih di kawasan tinggi sebagai persediaan menghadapi pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan, kata penganjur kem latihan itu. |
| Veron tolak tawaran Mancini ke City January 6, 2010 at 3:57 pm |
| | BUENOS AIRES: Pemain Argentina, Juan Sebastian Veron menolak tawaran peribadi yang dibuat pengurus Manchester City, Roberto Mancini untuknya menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu. |
| Stoke bergelut kekang Fulham January 6, 2010 at 3:55 pm |
| | LONDON: Stoke terpaksa mengharungi detik cemas kebangkitan Fulham pada babak kedua, sebelum menang 3-2 untuk berada di kelompok sebelah atas Liga Perdana Inggeris. |
| Nadal mudah mara January 6, 2010 at 3:51 pm |
| | DOHA: Pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal berkata dia sudah cergas sepenuhnya bagi mengharungi musim ini selepas menewaskan Simone Bolelli dari Itali 6-3, 6-3 untuk mara ke pusingan 16 terakhir kejohanan tenis Terbuka Qatar. |
| Henin teruskan aksi cemerlang January 6, 2010 at 3:50 pm |
| | SYDNEY: Pemain Belgium, Justine Henin meneruskan lakaran kejayaan dalam misi kembali ke kancah tenis profesional apabila menang 6-4, 6-3 ke atas pemain Kazakhstan, Sesil Karatantcheva di Kejohanan Antarabangsa Brisbane, semalam. |
| Ketiadaan Woods peluang pesaing rampas ranking No-1 dunia January 6, 2010 at 3:49 pm |
| | KAPALUA (Hawaii): 'Tempoh' rehat Tiger Woods daripada siri golf Jelajah PGA, bakal membuka laluan untuk pemain lain merampas kedudukan ranking pertama dunia, kata Geoff Ogilvy dari Australia. |
| Hasli tekad tebus kecewa di Laos January 6, 2010 at 3:47 pm |
| | JAGUH menembak pistol negara, Hasli Izwan Amir Hassan mahu melupakan kegagalan di Sukan Sea Laos Disember lalu, sebaliknya memberi tumpuan kepada dua sukan terbesar tahun ini iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia. |
| Sarawak yakin mampu raih enam emas tenis Sukma January 6, 2010 at 3:46 pm |
| | BERBEKALKAN pemain muda berkaliber dan pernah meraih kejayaan pada beberapa kejohanan yang disertai sebelum ini, Sarawak yakin mampu ‘menuai’ sekurang-kurangnya enam pingat emas serta lima perak pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka, Jun ini. |
| Nicholas gagal terus cabaran Terbuka British January 6, 2010 at 3:44 pm |
| | NICHOLAS Tan melepasi semua jangkaan untuk mara ke separuh akhir skuasy Terbuka Remaja British, namun terpaksa akur kepada pilihan pertama, Youssef Mohamad dari Mesir dalam saingan bawah 13 tahun lelaki, kelmarin. | | |
|
No comments:
Post a Comment