| Chelsea bangkit December 28, 2009 at 6:04 pm |
| | LONDON: Chelsea kembali semula ke landasan kemenangan dengan dua jaringan pada lewat babak permainan untuk menewaskan Fulham 2-1 di Stamford Bridge, malam tadi dan mendahului semula pencabar terdekat, Manchester United dengan jarak lima mata. |
| Aidil mahu rakan cipta gemilang baru December 28, 2009 at 6:01 pm |
| | SEMALAM, pemain skuad bola sepak negara menguntum senyuman lebar selepas menerima bonus RM30,000 setiap seorang di atas keringat memenangi pingat emas Sukan Sea di Laos, baru-baru ini. |
| Singa Utara juara Piala Emas Raja-Raja December 28, 2009 at 6:00 pm |
| | INSIDEN keganasan penyokong mencemari final Piala Emas Raja-Raja yang menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru apabila membenam Kedah 2-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi. |
| FAM tidak mahu pemain dabik dada December 28, 2009 at 5:57 pm |
| | SETIAP pemain bola sepak negara yang gah meraih pingat emas Sukan Sea di Laos, baru-baru ini diingatkan agar tidak mudah melupakan diri dan juga usah terlalu mengharapkan ganjaran, sebaliknya terus berjuang penuh komited melakar lagi gemilang yang baru untuk negara. |
| 'Kafa perlu siasat stadium bolos' December 28, 2009 at 5:57 pm |
| | PEMINAT Kelantan meminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyiasat insiden pintu utama Stadium Sultan Mohamed Ke-IV dibolosi penonton yang tidak bertiket pada perlawanan persahabatan di antara Kelantan dengan Narathiwat FA, Sabtu lalu. |
| Sasaran kata: Pemilihan BAM tak begitu dirasai December 28, 2009 at 5:56 pm |
| | KEHANGATAN pemilihan jawatankuasa baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk sesi 2009-2012 tidak begitu dirasai atau lebih tepat, tidak ramai yang mengetahui biarpun ia akan dilangsungkan pagi esok. |
| PSM tidak wajar perbesarkan isu pemotongan geran: MOM December 28, 2009 at 5:55 pm |
| | PEMOTONGAN geran seharusnya tidak dijadikan isu oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebaliknya adalah lebih bijak berfikiran rasional dengan mengkaji secara mendalam sebab kekalahan skuad di Laos untuk tampil lebih cemerlang di Sukan Asia 2010 di Guangzhou. |
| KL kemuka hasrat anjur Sukan Asia December 28, 2009 at 5:55 pm |
| | KUALA Lumpur sudah mengemukakan surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) menyatakan hajat untuk menjadi tuan rumah temasya serantau itu pada 2019. |
| Arsenal kian tunjuk bisa December 28, 2009 at 5:54 pm |
| | LONDON: Sebulan selepas Arsenal tewas kepada Chelsea yang meletakkan pasukan kendalian Arsene Wenger 11 mata di belakang pendahulu liga, mereka kini kembali di landasan betul untuk memburu kejuaraan walaupun dilanda masalah kecederaan. |
| Fergie, Wenger sehaluan kata December 28, 2009 at 5:52 pm |
| | LONDON: Aksi konsisten pada babak kedua musim bakal menentukan destinasi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hakikat itu dikongsi bersama Manchester United dan Arsenal, kelmarin selepas mengejar pendahulu liga yang semakin tercicir, Chelsea. |
| Ferguson sanjung Rooney December 28, 2009 at 5:51 pm |
| | HULL: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menghambur kata-kata pujian terhadap Wayne Rooney selaku 'pemenang semula jadi' selepas penyerang lincah England itu membantu pasukan kelabnya mengatasi Hull City, 3-1, kelmarin. |
| Petrov bidas sikap tidak adil Hughes December 28, 2009 at 5:49 pm |
| | LONDON: Martin Petrov membidas bekas pengurus Manchester City, Mark Hughes kerana menggugurkannya - selepas dia berulang kali menampilkan bisanya di depan gol. |
| Scolari tolak tawaran kendali Juventus December 28, 2009 at 5:48 pm |
| | TASHKENT (Uzbekistan): Bekas jurulatih Brazil yang pernah membawa negara itu menjulang kejuaraan Piala Dunia 2002, Luiz Felipe Scolari menolak tawaran daripada kelab gergasi Itali, Juventus untuk kekal bersama kelab Uzbekistan, Bunyodkor. |
| Azizulhasni, Fatihah atlit terbaik Terengganu '09 December 28, 2009 at 5:47 pm |
| | JAGUH lumba basikal negara, Azizulhasni Awang dan Fatihah Mustaffa dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2007-2008 sempena Anugerah Sukan Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam kelmarin. |
| 140 peserta tempatan sertai Ironman 2010 December 28, 2009 at 5:46 pm |
| | LEBIH 140 peserta tempatan mengesahkan penyertaan bagi Kejohanan Ironman Langkawi 2010 yang bakal berlangsung pada 27 Februari ini dengan peserta membabitkan wakil dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta peserta perseorangan. |
| RM3,000 jika raih emas Sukma December 28, 2009 at 5:46 pm |
| | ATLIT kontinjen Terengganu yang mempamerkan aksi cemerlang pada Sukan Malaysia ke-XIII di Melaka, Jun tahun depan bakal menikmati durian runtuh apabila kerajaan negeri menjanjikan insentif RM3,000 untuk atlit yang meraih pingat emas, RM2,000 (perak) dan RM1,000 (gangsa). |
| Masa depan Hickox cetus spekulasi December 28, 2009 at 5:45 pm |
| | SPEKULASI timbul mengenai masa depan ketua jurulatih skuasy kebangsaan, Jamie Hickox berikutan tiada perkhabaran positif mengenai penyambungan kontrak warga Kanada itu yang dijangka berakhir, bulan depan. |
| Anak didik Rahman gah belasah Pahang 9-2 December 28, 2009 at 5:44 pm |
| | TIADA apa lebih menceriakan ketua jurulatih Selangor, Rahman Sidek ketika barisan pemain mudanya mencatat kemenangan besar 9-2 ke atas Pahang dalam Kejohanan Badminton Antara Negeri Kebangsaan 100Plus yang bermula di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam. |
| Pusat akuatik Sukma siap bulan depan December 28, 2009 at 5:44 pm |
| | PUSAT akuatik di Kompleks Stadium Hang Jebat di Melaka yang sedang dalam pembinaan menjelang Sukan Malaysia (Sukma) ke-13, dijangka siap sebelum akhir Januari tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. | | |
|
No comments:
Post a Comment