| Rooney terus tunjuk taring December 31, 2009 at 7:30 pm |
| | MANCHESTER: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney percaya dia akan dapat mengatasi jumlah jaringan terbaiknya pada satu musim selepas menunjangi skuad bimbingan Alex Ferguson meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Wigan, kelmarin. Kemenangan dengan angka besar itu tambah manis sebagai hadiah hari jadi ke-68 buat pengurus pasukan berbangsa Scotland itu, semalam. |
| Nadzmi akui dana BAM 'hanya cukup makan' December 31, 2009 at 7:28 pm |
| | DARI segi luarannya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mungkin dianggap antara badan induk sukan mewah, dengan saluran kewangan konsisten hasil pencapaian pemain di pentas antarabangsa. Namun, realitinya berbeza dengan Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh, mengakui badan induk berkenaan 'hanya cukup makan' untuk membiayai segala program dan meneruskan skim insentif kepada pemain-pemain. |
| Rajagobal puji prestasi skuad B-23 December 31, 2009 at 7:27 pm |
| | JURULATIH skuad negara, K Rajagobal menyifatkan perlawanan pemanas badan menentang Syria, kelmarin sebagai persediaan yang sesuai menjelang pertembungan kelayakan kumpulan Piala Asia 2011 berdepan Emiriyah Arab Bersatu pada 6 Januari ini. |
| Piala Sumbangsih di Paroi December 31, 2009 at 7:26 pm |
| | PERLAWANAN Sumbangsih 2010 merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara Negeri Sembilan dan Selangor akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi pada 9 Januari ini bermula jam 8.45 malam. |
| JCorp sudah bayar tunggakan gaji December 31, 2009 at 7:25 pm |
| | PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Md Jais Sarday mengesahkan Johor Corporation (JCorp) sudah melunaskan bayaran gaji pemain Johor yang tertunggak selama 18 bulan sejak September 2009 berjumlah RM225,000 yang dibayar, kelmarin. |
| Pengurusan pihak pelawat juga bakal didenda: FAM December 31, 2009 at 7:25 pm |
| | MENGAMBIL iktibar daripada kejadian yang berlaku sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan baru, mulai musim depan dengan mengenakan hukuman kepada pengurusan pasukan pelawat sekiranya penyokong mereka menimbulkan kekecohan dan rusuhan dalam gelanggang perlawanan. |
| Ali janji selesai hutang HISB December 31, 2009 at 7:24 pm |
| | KHABAR gembira menunggu Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) yang menuntut sejumlah RM1.12 juta daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) apabila presiden barunya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan kekalutan ini. |
| Selangor kekal kejuaraan badminton remaja 100Plus December 31, 2009 at 7:23 pm |
| | SELANGOR mempertahankan gelaran buat kali kedua berturut-turut apabila menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100Plus selepas menewaskan Pulau Pinang 7-3 pada perlawanan akhir, semalam. |
| BAM rancang beri pemain pelapis lebih pendedahan December 31, 2009 at 7:22 pm |
| | MENYEDARI hanya bergantung kepada kudrat pemain senior meraih kejayaan, misi lebih penting akan dilaksanakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu memberi lebih peluang kepada pemain pelapis mewakili skuad negara, tahun ini. |
| Lee Wei juara wanita kali ke-11 December 31, 2009 at 7:22 pm |
| | PEMAIN ping pong wanita nombor satu negara, Beh Lee Wei merangkul kejuaraan buat kali ke-11 dalam Kejohanan Ping Pong Kebangsaan, edisi ke-46, semalam selepas menewaskan wakil Sabah, Chiu Soo Jin 4-0 dalam aksi final. |
| MSN, NAAM, jurulatih bincang status Zulkifli December 31, 2009 at 7:21 pm |
| | STATUS akhir pemanah muda, Zulkifli Tahil dalam skuad elit negara hanya akan diketahui selepas perbincangan tiga pihak mengenainya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dibuat, bulan ini. Antara terbabit ialah Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan ketua jurulatih kebangsaan, Lee Jae-hyung. |
| Beckham tekad aib United December 31, 2009 at 7:20 pm |
| | MILAN: Bintang veteran England, David Beckham akur dirinya amat teruja untuk kembali ke Milan dan akan menggunakan seluruh keupayaannya ketika menentang bekas kelabnya, Manchester United dalam perlawanan Piala Juara-Juara Eropah, Februari ini. |
| Red Devils undang nahas jika perlekeh Leeds December 31, 2009 at 7:19 pm |
| | LONDON: Status Piala FA bakal menerima tamparan hebat, Ahad ini andai Leeds United memutuskan pertembungan pusingan ketiga menentang Manchester United kurang penting berbanding perlawanan Liga Satu (divisyen ketiga) menentang Wycombe Wanderers. |
| Arsenal sasar cari penyerang December 31, 2009 at 7:18 pm |
| | PORTSMOUTH: Arsene Wenger mungkin menandatangani penyerang baru pada tirai perpindahan Januari, sungguh pun Arsenal berjaya melepasi setakat 50 gol bagi musim ini dengan kemenangan besar 4-1 di pasukan tercorot, Portsmouth. |
| Mancini bersedia 'curi' barisan bintang Liverpool December 31, 2009 at 7:18 pm |
| | LONDON: Roberto Mancini akan cuba memikat Fernando Torres dan rakan-rakan - jika Liverpool menamatkan musim kali ini di luar daripada kelompok empat kelab teratas Liga Perdana Inggeris (EPL). |
| Portsmouth berdepan risiko mungkin diisytihar bankrap December 31, 2009 at 7:17 pm |
| | LONDON: Portsmouth mungkin menjadi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk diisytiharkan bankrap selepas diberi tarikh akhir untuk melangsaikan hutang oleh kerajaan British. |
| Bayern nafi jual Ribery December 31, 2009 at 7:17 pm |
| | BERLIN: Presiden Bayern Munich menafikan laporan akhbar bahawa penyerangnya, Franck Ribery akan berpindah ke gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan yuran bernilai 55 juta euro (RM247 juta), musim panas depan. |
| England pantau aspek keselamatan di New Delhi December 31, 2009 at 7:16 pm |
| | LONDON: Pegawai England bagi kontinjen Sukan Komanwel terus memantau situasi menyentuh aspek keselamatan di New Delhi tetapi belum menerima sebarang maklumat perisikan yang mengatakan atlitnya akan dijadikan sasaran pengganas dalam temasya berkenaan yang bakal diadakan Oktober ini. | | |
| Please add updates@feedmyinbox.com to your address book to make sure you receive these messages in the future. | |
| Pesaka didakwa mungkir janji December 30, 2009 at 11:57 am |
| | JANJI-janji manis Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) kepada sebuah syarikat swasta dalam usaha mendapatkan wang pendahuluan penganjuran dua bulan sebelum bermulanya Kejuaraan Silat Sedunia ke-13 di Pahang pada 2007, hanya tinggal janji. |
| Hanapiah nafi olahraga merosot December 30, 2009 at 11:56 am |
| | KETUA jurulatih olahraga, Hanapiah Nasir menepis tanggapan bahawa skuad itu sedang menuju kemerosotan selepas kegagalan mencapai sasaran lapan pingat emas pada Sukan Sea XXV di Vientiane, dua minggu lalu. |
| Pecutan Bolt pukau dunia December 30, 2009 at 11:56 am |
| | LONDON: Di tengah-tengah gempita kejayaan dan aibnya skandal yang jadi lorekan dekad pertama alaf baru ini, Usain Bolt menjelmakan ingatan kepada dunia mengapa sukan menakluki dan mengghairahkan ramai manusia di dunia. |
| Ferguson kecam Capello December 30, 2009 at 11:55 am |
| | LONDON: Fabio Capello dikecam oleh Alex Ferguson gara-gara komen oleh pengurus skuad England yang menyebut Manchester United mengalami detik kemerosotan. |
| Liverpool minat pinjam Nistelrooy 6 bulan December 30, 2009 at 11:55 am |
| | LONDON: Liverpool masih cuba mencapai persetujuan dengan kelab Real Madrid bagi mendapatkan penyerang, Ruud van Nistelrooy secara pinjaman bagi tempoh enam bulan. |
| Ferguson tak terjejas tanpa kelibat Ronaldo December 30, 2009 at 11:55 am |
| | MANCHESTER: Apabila Manchester United menjual Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid, ramai yang meramalkan juara bertahan itu bukan sahaja kehilangan bintangnya tetapi juga peluang untuk memenangi Liga Perdana Inggeris untuk kali keempat berturut-turut. |
| Pulau Pinang, Selangor berentap tentukan juara December 30, 2009 at 11:54 am |
| | PULAU Pinang mengatasi Perak 6-2 untuk menempah tiket ke final bertemu juara bertahan Selangor yang menewaskan Melaka 6-5 pada saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Antara Negeri Remaja Kebangsaan 100Plus di Stadium Juara, semalam. |
| MSN enggan tanggung Kim Her December 30, 2009 at 11:54 am |
| | MAJLIS Sukan Negara (MSN) menegaskan tidak akan menanggung pembayaran gaji bulanan kepada Tan Kim Her yang bakal melaksanakan tugasannya selaku jurulatih kebangsaan, Februari ini memandangkan dia bukan lantikan bersama MSN dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). |
| Santokh mahu skuad Sukan Sea kekal December 30, 2009 at 11:53 am |
| | LEGENDA bola sepak negara, Santokh Singh memuji kejayaan Malaysia menamatkan kemarau pingat emas Sukan Sea selama dua dekad dan menyarankan supaya skuad itu dikekalkan berpandu potensi dimiliki mereka. |
| Skuad Rajagobal baham Syria December 30, 2009 at 11:53 am |
| | DI sebalik perlawanan ‘gila’ yang dilalui barisan bimbingan K Rajagobal, pengendali kebangsaan itu gembira dengan persembahan skuad negara yang berjaya meneruskan rentak kejayaan pingat emas Sukan Sea dengan membenam Syria 4-1 dalam perlawanan pemanas badan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. |
| Gerrard tabik Torres December 30, 2009 at 11:52 am |
| | LONDON: Steven Gerrard menabik Fernando Torres selaku ‘penyerang terbaik dunia’ selepas peledak Sepanyol itu menjaringkan gol tunggal ketika menewaskan Aston Villa 1-0 di gelanggang lawan, kelmarin. |
| Pemilihan BAM tiada kejutan December 30, 2009 at 11:52 am |
| | IDEA ‘kompromi’ mewujudkan jawatan timbalan presiden kedua disisihkan ketika pemilihan pucuk pimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berlangsung tanpa sebarang kejutan, semalam. | | |
| Please add updates@feedmyinbox.com to your address book to make sure you receive these messages in the future. | |
| 'Dua kejutan' BAM terdedah December 29, 2009 at 6:24 pm |
| | ADA 'dua kejutan' ciptaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terdedah, semalam. Pertamanya ialah Tan Kim Her - yang kini bersama England - sah akan memulakan tugas sebagai jurulatih skuad negara, pertengahan Februari nanti. |
| ‘Dua kejutan’ BAM terdedah December 29, 2009 at 12:49 pm |
| | ADA ‘dua kejutan’ ciptaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terdedah, semalam. |
| Syria uji anak didik Rajagobal malam ini December 29, 2009 at 12:48 pm |
| | SKUAD emas bimbingan K Rajagobal bakal diuji menentang Syria dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini sebagai persediaan sebelum berdepan Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi pusingan kelayakan Piala Asia, 6 Januari ini. |
| ‘Masih awal lihat program berada pada landasan tepat’ December 29, 2009 at 12:47 pm |
| | SUKAN Komanwel dan Asia pada hujung tahun depan, bakal memberi gambaran sama ada program Road To London untuk Sukan Olimpik 2012 berada pada landasan tepat. |
| KBS sasar skuad bola sepak layak Olimpik December 29, 2009 at 12:47 pm |
| | DEMAM kejayaan bola sepak pada Sukan Sea XXV di Laos, tampak belum kebah dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini membayangkan kemungkinan meletakkan sukan itu dalam program Road To London 2012, untuk persiapan ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik. |
| 'Masih awal lihat program berada pada landasan tepat' December 29, 2009 at 12:47 pm |
| | SUKAN Komanwel dan Asia pada hujung tahun depan, bakal memberi gambaran sama ada program Road To London untuk Sukan Olimpik 2012 berada pada landasan tepat. |
| Jurulatih puji mental pasukan Perlis December 29, 2009 at 12:46 pm |
| | KEKUATAN mental pemain Perlis ketika meraih gelaran Puncak Piala Emas Raja-Raja biarpun perlawanan akhir diselubungi insiden kekecohan penyokong Kedah pada hujung babak kedua, cukup membanggakan Jurulatih Perlis, Khamal Idris Ali. |
| Pemain B-23 Melaka galas tugas hadapi Liga Perdana December 29, 2009 at 12:45 pm |
| | MELAKA akan mempertaruhkan 100 peratus pemain bawah 23 tahun pada aksi Liga Perdana 2010 di bawah kendalian jurulatih baru, Rahim Abdullah dan pembantunya, Mahathir Taha sambil mengetepikan pemain bintang musim lalu. |
| PBNJ gesa bereskan hutang lama December 29, 2009 at 12:44 pm |
| | BAYAR hutang lama dengan segera dan jangan jadikan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang baru dicemari dengan imej buruk. |
| Wenger semakin yakin mampu gapai takhta EPL December 29, 2009 at 12:44 pm |
| | PORTSMOUTH: Arsene Wenger sudah lama menegaskan Arsenal tampak baik untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL). |
| Kaka sudah pulih daripada kecederaan December 29, 2009 at 12:43 pm |
| | MADRID: Pemain tengah Real Madrid, Kaka tampil menyuarakan dia sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan ‘hernia’ yang memaksanya diketepikan daripada barisan utama sejak awal bulan ini. |
| Mancini laung amaran awal December 29, 2009 at 12:43 pm |
| | WOLVERHAMPTON: Pengurus baru Manchester City, Roberto Mancini menegaskan pasukannya masih ada ramuan untuk menjadi ancaman besar mengejar mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Wolverhampton Wanderers, kelmarin. |
| Mourinho ingin kembali bimbing barisan EPL December 29, 2009 at 12:42 pm |
| | LONDON: Bekas jurulatih Chelsea, Jose Mourinho berkata dia mahu kembali ke England untuk melatih kelab sambil memberi bayangan untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi permulaan musim depan. |
| Ancelotti tak risau tanpa aksi Drogba December 29, 2009 at 12:41 pm |
| | LONDON: Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menolak tanggapan bahawa cabaran barisannya akan tersentak tanpa penyerang utama, Didier Drogba yang dipanggil beraksi pada kejohanan Piala Negara-Negara Afrika yang bermula, bulan depan. |
| Berbatov yakin United julang trofi December 29, 2009 at 12:41 pm |
| | MANCHESTER: Penyerang kelab gergasi Inggeris, Manchester United, Dimitar Berbatov percaya pasukannya akan mengekalkan takhta kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini ketika pertembungan menentang Wigan Athletic di Old Trafford, hari ini. |
| Cyberjaya bakal dibanjiri limpahan lampu suluh December 29, 2009 at 12:40 pm |
| | LARIAN Malam 2010 anjuran Energizer bakal menyaksikan Cyberjaya dibanjiri limpahan lampu suluh yang diikat kemas pada dahi setiap pelari sepanjang laluan 42 kilometer pada malam 27 Mac ini. |
| Melaka idam julang trofi badminton remaja 100Plus December 29, 2009 at 12:40 pm |
| | MELAKA mahu menebus kegagalan meraih gelaran tahun lalu daripada juara bertahan, Selangor pada separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100Plus di Stadium Juara di Bukit Kiara, hari ini. |
| Zulkifli tarik diri skuad memanah December 29, 2009 at 12:39 pm |
| | PENGUNDURAN Zulkifli Tahil daripada skuad elit memanah negara menyebabkan jurulatih kebangsaan, Lee Jae-hyung kini ketiadaan pilihan kecuali baki tiga atlit untuk acara recurve di Grand Prix (GP) Asia pertama, Februari depan. | | |
| Please add updates@feedmyinbox.com to your address book to make sure you receive these messages in the future. | |
| Chelsea bangkit December 28, 2009 at 6:04 pm |
| | LONDON: Chelsea kembali semula ke landasan kemenangan dengan dua jaringan pada lewat babak permainan untuk menewaskan Fulham 2-1 di Stamford Bridge, malam tadi dan mendahului semula pencabar terdekat, Manchester United dengan jarak lima mata. |
| Aidil mahu rakan cipta gemilang baru December 28, 2009 at 6:01 pm |
| | SEMALAM, pemain skuad bola sepak negara menguntum senyuman lebar selepas menerima bonus RM30,000 setiap seorang di atas keringat memenangi pingat emas Sukan Sea di Laos, baru-baru ini. |
| Singa Utara juara Piala Emas Raja-Raja December 28, 2009 at 6:00 pm |
| | INSIDEN keganasan penyokong mencemari final Piala Emas Raja-Raja yang menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru apabila membenam Kedah 2-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi. |
| FAM tidak mahu pemain dabik dada December 28, 2009 at 5:57 pm |
| | SETIAP pemain bola sepak negara yang gah meraih pingat emas Sukan Sea di Laos, baru-baru ini diingatkan agar tidak mudah melupakan diri dan juga usah terlalu mengharapkan ganjaran, sebaliknya terus berjuang penuh komited melakar lagi gemilang yang baru untuk negara. |
| 'Kafa perlu siasat stadium bolos' December 28, 2009 at 5:57 pm |
| | PEMINAT Kelantan meminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyiasat insiden pintu utama Stadium Sultan Mohamed Ke-IV dibolosi penonton yang tidak bertiket pada perlawanan persahabatan di antara Kelantan dengan Narathiwat FA, Sabtu lalu. |
| Sasaran kata: Pemilihan BAM tak begitu dirasai December 28, 2009 at 5:56 pm |
| | KEHANGATAN pemilihan jawatankuasa baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk sesi 2009-2012 tidak begitu dirasai atau lebih tepat, tidak ramai yang mengetahui biarpun ia akan dilangsungkan pagi esok. |
| PSM tidak wajar perbesarkan isu pemotongan geran: MOM December 28, 2009 at 5:55 pm |
| | PEMOTONGAN geran seharusnya tidak dijadikan isu oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebaliknya adalah lebih bijak berfikiran rasional dengan mengkaji secara mendalam sebab kekalahan skuad di Laos untuk tampil lebih cemerlang di Sukan Asia 2010 di Guangzhou. |
| KL kemuka hasrat anjur Sukan Asia December 28, 2009 at 5:55 pm |
| | KUALA Lumpur sudah mengemukakan surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) menyatakan hajat untuk menjadi tuan rumah temasya serantau itu pada 2019. |
| Arsenal kian tunjuk bisa December 28, 2009 at 5:54 pm |
| | LONDON: Sebulan selepas Arsenal tewas kepada Chelsea yang meletakkan pasukan kendalian Arsene Wenger 11 mata di belakang pendahulu liga, mereka kini kembali di landasan betul untuk memburu kejuaraan walaupun dilanda masalah kecederaan. |
| Fergie, Wenger sehaluan kata December 28, 2009 at 5:52 pm |
| | LONDON: Aksi konsisten pada babak kedua musim bakal menentukan destinasi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hakikat itu dikongsi bersama Manchester United dan Arsenal, kelmarin selepas mengejar pendahulu liga yang semakin tercicir, Chelsea. |
| Ferguson sanjung Rooney December 28, 2009 at 5:51 pm |
| | HULL: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menghambur kata-kata pujian terhadap Wayne Rooney selaku 'pemenang semula jadi' selepas penyerang lincah England itu membantu pasukan kelabnya mengatasi Hull City, 3-1, kelmarin. |
| Petrov bidas sikap tidak adil Hughes December 28, 2009 at 5:49 pm |
| | LONDON: Martin Petrov membidas bekas pengurus Manchester City, Mark Hughes kerana menggugurkannya - selepas dia berulang kali menampilkan bisanya di depan gol. |
| Scolari tolak tawaran kendali Juventus December 28, 2009 at 5:48 pm |
| | TASHKENT (Uzbekistan): Bekas jurulatih Brazil yang pernah membawa negara itu menjulang kejuaraan Piala Dunia 2002, Luiz Felipe Scolari menolak tawaran daripada kelab gergasi Itali, Juventus untuk kekal bersama kelab Uzbekistan, Bunyodkor. |
| Azizulhasni, Fatihah atlit terbaik Terengganu '09 December 28, 2009 at 5:47 pm |
| | JAGUH lumba basikal negara, Azizulhasni Awang dan Fatihah Mustaffa dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2007-2008 sempena Anugerah Sukan Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam kelmarin. |
| 140 peserta tempatan sertai Ironman 2010 December 28, 2009 at 5:46 pm |
| | LEBIH 140 peserta tempatan mengesahkan penyertaan bagi Kejohanan Ironman Langkawi 2010 yang bakal berlangsung pada 27 Februari ini dengan peserta membabitkan wakil dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta peserta perseorangan. |
| RM3,000 jika raih emas Sukma December 28, 2009 at 5:46 pm |
| | ATLIT kontinjen Terengganu yang mempamerkan aksi cemerlang pada Sukan Malaysia ke-XIII di Melaka, Jun tahun depan bakal menikmati durian runtuh apabila kerajaan negeri menjanjikan insentif RM3,000 untuk atlit yang meraih pingat emas, RM2,000 (perak) dan RM1,000 (gangsa). |
| Masa depan Hickox cetus spekulasi December 28, 2009 at 5:45 pm |
| | SPEKULASI timbul mengenai masa depan ketua jurulatih skuasy kebangsaan, Jamie Hickox berikutan tiada perkhabaran positif mengenai penyambungan kontrak warga Kanada itu yang dijangka berakhir, bulan depan. |
| Anak didik Rahman gah belasah Pahang 9-2 December 28, 2009 at 5:44 pm |
| | TIADA apa lebih menceriakan ketua jurulatih Selangor, Rahman Sidek ketika barisan pemain mudanya mencatat kemenangan besar 9-2 ke atas Pahang dalam Kejohanan Badminton Antara Negeri Kebangsaan 100Plus yang bermula di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam. |
| Pusat akuatik Sukma siap bulan depan December 28, 2009 at 5:44 pm |
| | PUSAT akuatik di Kompleks Stadium Hang Jebat di Melaka yang sedang dalam pembinaan menjelang Sukan Malaysia (Sukma) ke-13, dijangka siap sebelum akhir Januari tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. | | |
| | | | | | |